RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadat)
Tingkatan : Tiga Cekap
Tarikh : 26 Ogos 2009
Masa : 10.00-10.40 pagi
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Solat Ketika Sakit
Kemahiran : Kewajipan Dalam Mengerjakan Solat
PENGETAHUAN SEDIA ADA
- Murid pernah melihat orang solat secara duduk
2. Murid mengetahui solat adalah tiang agama dan wajib didirikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar-pelajar dapat :
1. Menerangkan maksud solat ketika sakit
2. Menjelaskan kaifiat melakukan solat ketika sakit
PERSEDIAAN GURU
1. Guru memastikan komputer dan LCD berfungsi
2. Guru menyediakan slide dengan menggunakan Microsoft Power Point
3. Guru menyediakan lembaran kerja
KEMAHIRAN BERFIKIR
1. Membanding beza
2. Mengklasifikasikan
3. Komunikasi
4. Menjana minda
PENERAPAN NILAI
- Menyedari tentang kewajipan solat ke atas semua orang Islam dalam semua keadaan
- Menyemai nilai taat dalam menunaikan perintah Allah
- Mendekatkan diri kepada Allah
- Nilat sabar dalam menghadapi ujian
BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )
- LCD
- Komputer
- Video
- Lembaran kerja
- Buku teks Pendidikan Islam tingkatan 3
LANGKAH/ MASA | ISI | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN/ ALAT |
Set Induksi (5 minit) | · Tayangan montaj - Apakah yang kamu faham daripada montaj yang ditayangkan sebentar tadi? - Apakah kamu pernah melakukan solat ketika sakit? - Apa mesej yang hendak disampaikan? | · Guru menayangkan montaj berkaitan dengan beberapa jenis pekerjaan · Pelajar memerhati dengan teliti · Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang montaj · Murid memberi maklum balas secara individu atau berkumpulan · Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari · Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari · Guru menyatakan objektif pembelajaran pada hari tersebut dengan bantuan power point · Pelajar memberi perhatian terhadap objektif yang dinyatakan guru | · Komputer · LCD · Video (montaj) |
Langkah 1 (5 minit) | · Pengertian solat ketika sakit: Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa · Dalil: يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر (البقرة 2: 185) Maksudnya: Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. | · Guru menyoal pelajar tentang pengertian solat ketika sakit · Beberapa orang pelajar memberi pendapat dan pandangan masing-masing · Guru menerangkan maksud sebenarnya. · Guru mengarahkan pelajar membaca dalil rukhsah solat ketika sakit serta maksudnya · Pelajar membaca dengan betul dalil tersebut | · Komputer · LCD |
Langkah 2 (20 min) | · Kaifiat solat ketika sakit: 1) Secara duduk 2) Secara mengiring 3) Secara menelentang 4) Secara isyarat kelopak mata 5) Secara ingat di dalam hati | · Guru menerangkan secara ringkas tentang jenis-jenis atau cara solat ketika sakit · Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mencari maklumat tentang cara melakukan solat ketika sakit : Kumpulan 1- solat secara duduk Kumpulan 2-solat secara mengiring Kumpulan 3- solat secara menelentang Kumpulan 4-solat secara isyarat kelopak mata Kumpulan 5-solat secara ingat di dalam hati · Guru menyelia aktiviti pelajar · Pelajar membentangkan hasil perbincangan mereka · Guru membuat ulasan hasil daripada pembentangan pelajar dengan bantuan power point. · Guru menambah penerangan mengenai cara solat secara duduk di kerusi sebagai pengayaan kepada pelajar · Murid mendengar dengan penuh teliti | · Komputer · LCD |
Langkah 3 (5 minit) | · Latihan pengukuhan - Lembaran kerja (rujuk lampiran) | · Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar - Guru meminta pelajar untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut
- Pelajar mengikut arahan guru
- Guru meminta pelajar secara kumpulan melakar peta konsep untuk pembelajaran pada hari ini
| · Lembaran kerja |
Penutup (5 minit) | · Rumusan / kesimpulan | · Guru menayangkan video cara solat ketika sakit mengikut kemampuan untuk kesimpulan · Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan · Guru menyoal pelajar secara rawak tentang solat ketika sakit · Pelajar menjawab soalan guru · Guru memberi tugasan individu iaitu dengan membuat peta konsep atau peta minda tentang isi pembelajaran pada hari ini sebagai kerja rumah | · Komputer · LCD · Video |
0 Comments:
Post a Comment