Laki-Laki Menyerupai Perempuan dan Perempuan Menyerupai Laki-Laki


Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian laki-laki dan laki-laki dilarang memakai pakaian perempuan [15]. Disamping itu beliau melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki [16]. Termasuk diantaranya, ialah tentang perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.

Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah kerana sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat laki-laki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada laki-laki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti laki-laki, maka ini berarti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah.

Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah laki-laki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul laki-laki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai laki-laki dan menyerupai orang laki-laki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang laki-laki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).

Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)

Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"

Read More..

Saturday, April 25, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadat)

Tingkatan : Tiga Cekap

Tarikh : 26 Ogos 2009

Masa : 10.00-10.40 pagi

Bilangan murid : 30 orang

Tajuk : Solat Ketika Sakit

Kemahiran : Kewajipan Dalam Mengerjakan Solat

PENGETAHUAN SEDIA ADA

  1. Murid pernah melihat orang solat secara duduk

2. Murid mengetahui solat adalah tiang agama dan wajib didirikan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, pelajar-pelajar dapat :

1. Menerangkan maksud solat ketika sakit

2. Menjelaskan kaifiat melakukan solat ketika sakit

PERSEDIAAN GURU

1. Guru memastikan komputer dan LCD berfungsi

2. Guru menyediakan slide dengan menggunakan Microsoft Power Point

3. Guru menyediakan lembaran kerja

KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Membanding beza

2. Mengklasifikasikan

3. Komunikasi

4. Menjana minda

PENERAPAN NILAI

  1. Menyedari tentang kewajipan solat ke atas semua orang Islam dalam semua keadaan
  2. Menyemai nilai taat dalam menunaikan perintah Allah
  3. Mendekatkan diri kepada Allah
  4. Nilat sabar dalam menghadapi ujian

BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )

  1. LCD
  2. Komputer
  3. Video
  4. Lembaran kerja
  5. Buku teks Pendidikan Islam tingkatan 3

LANGKAH/ MASA

ISI

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN/ ALAT

Set Induksi

(5 minit)

· Tayangan montaj

- Apakah yang kamu faham daripada montaj yang ditayangkan sebentar tadi?

- Apakah kamu pernah melakukan solat ketika sakit?

- Apa mesej yang hendak disampaikan?

· Guru menayangkan montaj berkaitan dengan beberapa jenis pekerjaan

· Pelajar memerhati dengan teliti

· Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang montaj

· Murid memberi maklum balas secara individu atau berkumpulan

· Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari

· Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari

· Guru menyatakan objektif pembelajaran pada hari tersebut dengan bantuan power point

· Pelajar memberi perhatian terhadap objektif yang dinyatakan guru

· Komputer

· LCD

· Video (montaj)

Langkah 1

(5 minit)

· Pengertian solat ketika sakit:

Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa

· Dalil:

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر (البقرة 2: 185)

Maksudnya: Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

· Guru menyoal pelajar tentang pengertian solat ketika sakit

· Beberapa orang pelajar memberi pendapat dan pandangan masing-masing

· Guru menerangkan maksud sebenarnya.

· Guru mengarahkan pelajar membaca dalil rukhsah solat ketika sakit serta maksudnya

· Pelajar membaca dengan betul dalil tersebut

· Komputer

· LCD

Langkah 2

(20 min)

· Kaifiat solat ketika sakit:

1) Secara duduk

2) Secara mengiring

3) Secara menelentang

4) Secara isyarat kelopak mata

5) Secara ingat di dalam hati

· Guru menerangkan secara ringkas tentang jenis-jenis atau cara solat ketika sakit

· Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mencari maklumat tentang cara melakukan solat ketika sakit :

Kumpulan 1- solat secara duduk

Kumpulan 2-solat secara mengiring

Kumpulan 3- solat secara menelentang

Kumpulan 4-solat secara isyarat kelopak mata

Kumpulan 5-solat secara ingat di dalam hati

· Guru menyelia aktiviti pelajar

· Pelajar membentangkan hasil perbincangan mereka

· Guru membuat ulasan hasil daripada pembentangan pelajar dengan bantuan power point.

· Guru menambah penerangan mengenai cara solat secara duduk di kerusi sebagai pengayaan kepada pelajar

· Murid mendengar dengan penuh teliti

· Komputer

· LCD

Langkah 3

(5 minit)

· Latihan pengukuhan

- Lembaran kerja (rujuk lampiran)

· Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar

  • Guru meminta pelajar untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut
  • Pelajar mengikut arahan guru
  • Guru meminta pelajar secara kumpulan melakar peta konsep untuk pembelajaran pada hari ini

· Lembaran kerja

Penutup

(5 minit)

· Rumusan / kesimpulan

· Guru menayangkan video cara solat ketika sakit mengikut kemampuan untuk kesimpulan

· Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan

· Guru menyoal pelajar secara rawak tentang solat ketika sakit

· Pelajar menjawab soalan guru

· Guru memberi tugasan individu iaitu dengan membuat peta konsep atau peta minda tentang isi pembelajaran pada hari ini sebagai kerja rumah

· Komputer

· LCD

· Video


Read More..

solat ketika sakit (slide)

Read More..

montaj (rumusan)

Read More..

montaj (set induksi)

Read More..

Fikir-fikirkan Sejenak 1

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaku, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...



Read More..

Tuesday, April 14, 2009

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid/pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan.

Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik. Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan. Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah, juga tuntutan Islam. Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.

Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam bukan terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam. Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam. Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam. Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam. Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat. Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.

Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid/pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan.

Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik. Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan. Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah, juga tuntutan Islam. Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.

Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam bukan terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam. Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam. Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam. Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam. Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat. Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.

Kalau di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan sesuatu yang baik atau sesuatu suruhan Tuhan, seperti solat, tutup aurat dan sebagainya, manakala dirumah ibu bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat menurut kehendak Islam, bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan pendidikan Islam dalam aspek tersebut. Sama juga dengan sekolah. Jika guru Pendidikan Islam mengajar dan mendidik pelajarnya dengan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam seperti di atas, tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna guru Islam tidak mendidik pelajarnya yang beragama Islam supaya menghayati ajaran Islam. Ini bermakna, guru tersebut tidak mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.

Demikian jugalah dengan masyarakat. Jika masyarakat tidak membanteras segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang wujud dalam masyarakat tersebut, sebaliknya menganjurkannya pula, bermakna masyarakat tersebut tidak mendidik anak buahnya dengan pendidikan Islam, malah sebaliknya meruntuhkan Islam. Kalau inilah yang berlaku, pendidikan Islam yang dilakukan oleh guru Agama dalam bilik kelas itu tidak akan berkesan. Dengan demikian, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, seperti keruntuhan akhlak dan sebagainya, maka jangan disalahkan orang lain. Kerana itu yang dikehendakai oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Setiap orang akan menegakkan benang basahnya dengan mengatakan ia betul dan orang lain yang salah seperti cerita bangau oh bangau, tetapi kita lupa, bahawa setiap orang akan menjawabnya di hadapan Tuhan.

Malah, dalam pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri, jika guru tidak hati-hati, guru hanya menyampaikan maklumat atau pengetahuan Islam sahaja, guru berkenaan tidak mendidik dengan pendidikan Islam. Misalnya, guru Pendidikan Islam atau guru agama mengajar pelajarnya dengan tajuk Syarat Wajib Jumaat. Di akhir pelajaran pelajarnya dapat menyebut syarat-syarat tersebut, maka ini baru tercapai objektif pelajaran. Guru tersebut, sebenarnya belum lagi mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam. Pendidikan itu ialah kata-kata nasihat supaya pelajar menghayati ajaran Islam.

Kalau dalam tajuk ini, guru hendaklah menasihati pelajarnya (lelaki) supaya menunaikan solat Jumaat. Lebih baik lagi, guru mengiringi pelajar ke masjid. Dan sebelum ke masjid, guru patut juga mendidik pelajarnya. Iaitu menasihatkan pelajar supaya jangan bising di masjid. Duduk dengan tertib di dalam masjid dan membaca apa-apa zikir yang baik, seperti membaca al-Quran atau selawat ke atas nabi. Jika ini berlaku, maka barulah dikatakan mendidik dengan pendidikan Islam. Demikianlah seterusnya dalam tajuk-tajuk yang lain, atau pun pelajaran-pelajaran yang lain yang bukan mata pelajaran agama. Bagi guru yang kreatif, ia boleh memasukkan pendidikan Islam melalui pelajarannya.

Ini bermakna, bahawa pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud. Pertama bermaksud pendidikan Islam khusus. Iaitu yang merangkumi pelajaran tradisional seperti aqidah, ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya. Kedua ialah pendidikan Islam umum, yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta melewati segala aspek hidup. Inilah yang dikatakan pendidikan Islam.

Read More..

Wednesday, March 25, 2009

NASIHAT LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut:.

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar..

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan) : "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan..

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".
.

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).

.
6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. "Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman. Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w. Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi Allah 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s".
.

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.
.

Nasihat Luqman kepada anaknya selain yang bertemu didalam Al-quran surat Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut:
.

1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada Allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

.
3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

.
4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

.
5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada Allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat Allah.

.
6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

.
8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

.
9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

.
10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

.
11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya. (Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat)

.
12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya)

.
13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.

.
14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.

.
15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.

.
16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

.
17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang. Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.

.
18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam. Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

.
19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan Allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan Allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

.
20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.

.
21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.

.
22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.

.
23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya, jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)

Terbitan : Bahagian Pengurusan dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor

Link :

Read More..
 
wOrLd oF eDuCaTiOn - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger